PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN KANDUNGANNYA SECARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

SEJARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu :

i)                Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.

ii)              Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

 

 Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

 

PERNYATAAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (BPG, KPM, 1982)

 

KETERANGAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

v Berpekerti mulia

Guru yang bersedia meletakkan kepentingan utama kepada pihak/orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat dan negara) melebihi diri sendiri dan keluarga. Contohnya, sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas.

v Berpandangan progresif dan saintifik

Guru yang sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahirannya. Sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas. Contohnya, berusaha mempelbagai teknik mengajar.

v Bersedia menjunjung aspirasi negara

Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang terpenting dan utama. Mendahulukan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Contohnya, taat arahan & utamakan dasar KPM.

v Menyanjung warisan kebudayaan negara

Meletakkan diri sebagai role model untuk mengelakkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibubapa dan masyarakat. Contohnya, menjaga kelakuan sepanjang masa.

v Menjamin perkembangan individu

Sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potensi secara menyeluruh & bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, secara terbimbing dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Contohnya, murid bebas memilih subjek elektif, aktiviti kokurikulum, mengemuka idea.

v Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, menerapkan elemen perpaduan semasa mengajar dan kokurikulum.

v Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar. Contohnya, memberi nasihat kepada murid dalam membuat keputusan.

v Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta. Contohnya, melahirkan guru dan murid yang berfikiran jauh.

v Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin. Contohnya, menerapkan semangat cinta kemerdekaan dalam diri setiap murid.

Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS KRITERIA KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM

ANALISIS KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN GURU MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA