FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) SEBAGAI TERAS KEPADA PEMBENTUKAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU.
Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia
(FPG) tidak mempunyai satu falsafah tersurat dalam bentuk dokumentasi. Falsafah
Pendidikan Guru yang sedia ada bergerak selari dengan matlamat negara yang
dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyataan Razak 1956, Rancangan
Malaysia, Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979. Falsafah
pendidikan Guru telah digubal secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi realisasikan Falsafah pendidikan Kebangsan (FPK).
Teras pembentukan pemikiran dan
amalan guru dalam aspek perguruan yang bermaksud kemampuan untuk membentuk mental
yang menggambarkan objek dengan tepat dan diadaptasikan dalam aksi yang
dilakukan terhadap suatu objek. Sebagai seorang perlulah mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi, sentiasa berpandangan progresif dan saintifik. Guru perlu sentiasa
berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Guru juga perlu
berusaha bersungguh-sungguh mencari dan menggunakan idea, bahan dan kaedah baru
utuk diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran (pdpc). Sebagai contoh,
guru- guru menggunakan teknik-teknik abad ke-21 dalam sesi pembelajaran agar
pelajar memahami tajuk pegajaran.
Seterusnya,
keterampilan bermaksud kemampuan dalam menggunakan akal, fikiran idea dan
kreativiti dalam mengerjakan , mengubah atau membuat suatu pekerjaan.
Keterampilan Dasar mengaja harus dimiliki oleh setiap guru kerana ianya
merupakan keterampilan khusus untuk melaksanakan tugas mnegajar secara efektif,
efisyen dan profession. Terdapat beberapa keterampilan dasar mengajar yang
perlu dikuasai oleh seorang guru. Seperti:
· Keterampilan bertanya
· Keterampilan memberikan penguatan
· Keterampilan membuat variasi stimulus
· Keterampilan menjelaskan
· Keterampilan membuka dan menutup pembelajaran
· Keterampilan membimbing perbincangan kelompok cil
· Keterampilan mengelola kes
Selanjutnya,
dalam aspek sahsiah yang bermaksud keperibadian iaitu peribadi yang mempunyai
amalan-amalan dan sifat yang baik dalam membentuk perwatakan seseorang. Seorang
guru perlu mempunyai nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berperkerti
mulia, berdaya tahan , patriotic, inovatif, kreatif, motovatif, dan patuh
kepada professionalism perguruan. Hal ini demikian kerana hanya guru merupakan
pakar yang terlatih untuk mewariskan pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan
dan kepercayaan kepada generasi yang seterusnya. Guru seharusnya dilengkapi
dengan ciri-ciri akhlak mulia walaupun segelintir masyarakat kurang menghargai
watak leluhur tersebut.
Di
samping itu, dalam aspek etika pula yang berasal dari perkataan ‘ethos’(Greek)
yang membawa maksud perangai atau keperibadian. Etika adalah satu sistem dasar
akhlak, adat, tingkah laku, atau kesusilaan. Ia juga bermaksud prinsip moral
yang bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap
masyarakat. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral baik dan yang buruk,
serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli
berkenaan. Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ialaj “Tatasusila Profession Perguruan”. Etika tersebut
menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan
perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan
tatatertib dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.
Kesimpulannya, Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) telah menjadi acuan yang berkesan untuk meletakkan
kriteria guru unggul yang mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, sahsiah dan
kemasyarakatan. Oleh itu, setiap individu yang bakal bergelar guru haruslah
menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru agar kita mampu
meningkatkan tahap pendidikan negara setaraf dengan negara maju di dunia.
Comments
Post a Comment